Penyelamatan | APM Sarawak perlukan RM150 juta bangunkan pusat latihan

2023-02-15 0

Pusat Pertahanan Awam Sarawak (PUSPA) perlukan RM150 juta bagi menaik taraf pusat itu kepada kompleks merangkumi fasiliti latihan.

Menurut Pengarahnya , Penolong Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) Abdul Wahab Rahim, kemudahan itu boleh digunakan untuk melatih orang awam, NGO serta agensi kerajaan melalui kursus respon kecemasan dan gerak kerja menghadapi bencana.